IMPLIKASI DASAR

Penganjuran Festival Antarabangsa Agroteknologi di Institute of Brunei Technical Education, Brunei pada 16 – 18 Oktober 2023 ini akan menyokong inisiatif-inisiatif utama Lonjakan 8 : Keunggulan Global, dan melahirkan pelajar yang berdaya saing secara holistik dalam bidang keusahawanan, penyelidikan dan inovasi bagi memenuhi lonjakan 1 : Graduan Holistik, berciri keusahawanan dan seimbang, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Dalam pada itu juga Membolehkan perkongsian sumber dan teknologi dalam menghasilkan idea baru yang inovatif di peringkat institusi dan industri untuk memberi manfaat kepada masyarakat setempat bagi memenuhi lonjakan 7: Ekosistem Inovasi, PPPM (PT) 2015-2025.

 

IMPLIKASI KEWANGAN

Penganjuran Festival Antarabangsa Agroteknologi di Institute of Brunei Technical Education, Brunei pada 16 – 18 Oktober 2023 ini dijangka akan disertai oleh Institut pengajian tinggi dibawah kerajaan Brunei dan rakan kolaborasi daripada Indonesia. Penganjuran festival ini bersifat konsep perkongsian kos (cost-sharing) di mana pensyarah dan pelajar menggunakan one off yang disediakan. Penganjuran program ini akan menggunakan Peruntukan Belanja Mengurus Jabatan bagi tahun 2023 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).